PAS Tetap Akan Laksana Hudud - Hadi Awang - Semasa | mStar

PAS Tetap Akan Laksana Hudud - Hadi Awang

Abdul Hadi Awang.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam PAS sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini Selasa.

"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

 "Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa. 

"(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

"Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.

Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.

"DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima perjuangan PAS... jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya.

hukum dudud , PAS , DHPP , Abdul Hadi Awang , DAP , PKR , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kanak-Kanak Maut Kemalangan Di Temerloh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain