suria

Bekas Timb Ketua Menteri Sarawak Dunstan Endawie Meninggal Dunia

KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Dunstan Endawie Enchana meninggal dunia pada Jumaat.

Beliau meninggal dunia pada usianya 79 tahun.

Penjuang kepada pelbagai etnik di negeri itu berkhidmat dlaam Kabinet Sarawak menerusi pelbagai potfolio, diikuti dengan perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand itu menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 4 petang di Hospital Saratok.

Endawie berkhismat sebagai timbalan ketua menteri dari 1977 sehingga 1979.

Ahli politik kaum Iban ini juga merupakan bekas presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Beliau juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Sarawak pertama (anggota Kabinet negeri). Beliau dilantik menganggotai majlis itu pada 22 Julai 1963, sejurus selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada British pada hari sama.

Endawie kemudian menyandang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dalam Majlis Tertinggi Baharu, yang diketuai mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak pertama.

Tahun lepas, bersempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak, beliau adalah antara tujuh orang yang menjadi penerima anugerah Pengasas Perjuangan
Kemerdekaan (PPK) kerana sumbangan besarnya kepada negeri ini dan penglibatan beliau dalam kemerdekaan Sarawak dan pembentukan Malaysia.

Selain politik, Endawie merupakan pengerusi di Saratok Memorial Hills.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Upacara pengebumian akan diadakan pada 17 April di Taman Indah di Saratok.

Persemadian mayat Endawie akan dilakukan di Saratok Memorial Hills.

Artikel Lain