suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal, Pesawat Terus Operasi Cari Kawasan Isyarat Dikesan

Angus Houston.
PERTH: Beberapa buah kapal dan pesawat meneruskan operasi untuk mengesahkan isyarat yang dikesan di Lautan Hindi dalam usaha mencari pesawat MH370 sebelum bateri kotak hitam pesawat itu mati.

Tiga isyarat berasingan yang dikesan setakat ini menguatkan lagi harapan untuk merungkai misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Sebanyak sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai operasi tersebut pada Isnin, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.

Ketua JACC, Angus Houston berkata, isyarat yang dikesan pada Ahad telah diberi perhatian serius kerana sudah kesuntukan masa untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut.

Katanya, kapal peronda China, Haixun 01 telah mengesan dua isyarat yang konsisten dengan jenis yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat pada frekuensi 37.5kHz dari kawasan pencarian.

Beberapa objek putih turut dilihat terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain