Dua Wanita Diculik Di Semporna Mungkin Berada Di Jolo

Sebuah kapal tentera laut Filipina membuat pemantauan di perairan di wilayah Sulu, selatan Filipina bagi mengesan sebarang pergerakan mencurigakan, yang dikaitkan dengan kes penculikan dua wanita warga asing di Semporna, Sabah. Foto EPA

KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang menahan dua wanita warga asing, yang diculik dari Semporna dipercayai kembali ke pangkalan mereka di pulau Jolo.

Tentera dan polis Filipina yang menjejaki kumpulan bersenjata diketuai oleh Murphy Ambang Ladjia atau lebih dikenali sebagai Haji Gulam, mengesyaki bahawa lelaki bersenjata itu keluar dari pangkalan mereka di Simunul, di pulau Tawi-Tawi dan menuju ke kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, yang digelar 'pusat penculikan di Filipina".

Ketua Polis wilayah Sulu, Supt Abrahim Orbita berkata, pasukan keselamatan menerima laporan mengenai kumpulan lelaki bersenjata itu di pulau Jolo bersama dengan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dari Shanghai, dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang diculik Singamata Reef Resort lewat malam Rabu.

"Kami cuba untuk mengesahkan laporan ini," kata beliau ketika dihubungi melalui telefon di Jolo pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan keselamatan telah memantau rapi di pantai pulau-pulau sekitar wilayah Sulu bagi mengesan kumpulan lelaki bersenjata itu bersama dua wanita yang diculik.

Pegawai-pegawai Sabah, yang enggan dikenali berkata, panggilan telefon diterima daripada individu tanpa memberitahu namanya yang mendakwa bahawa dia dan kumpulannya telah menahan dua wanita berkenaan.

Ia tidak dapat dipastikan kepada siapa panggilan itu dibuat atau sama ada ia adalah satu tuntutan tebusan yang benar atau tidak.

Bagaimanapun, kedua-dua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Keselamatan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka tidak menerima sebarang laporan daripada panggilan berkaitan dengan tebusan.

Hamza berkata, polis Malaysia berhubung rakan sejawat mereka di Filipina dan menyediakan apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk membebaskan kedua-dua wanita tersebut.

Kedua-dua wanita dilaporkan masih hidup dan juga berdasarkan sumber perisikan pada Jumaat bahawa mereka mungkin akan ditawan di sebuah kampung di bawah kawalan Abu Sayyaf di Jolo.

Sementara itu, timbalan jurucakap presiden Filipinan, Abigail Valte berkata, angkatan tentera di negara ini di Manila akan memberi tumpuan carian mereka di Jolo dan yang berhampiran pulau-pulau lain di selatan negara itu.

Valte berkata, pasukan keselamatan Filipina mengadakan sekatan yang dijalankan oleh tentera laut dalam pencarian mereka bagi mengesan kapal yang mencurigakan.

"Kami juga memaklumkan Unit Perintah Barat Mindanao di Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi," katanya.

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain