suria

Dua Maut, 23 Lagi Cedera Dalam Empat Letupan Bom di Yala

Tentera Thailand memeriksa kawasan letupan yang menyebabkan dua terbunuh, manakala 23 lagi cedera dalam letupan bom yang berlaku di Yala, Thialand pada petang Ahad. - Foto AFP.
YALA: Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang Ahad menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.

Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.

Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan.

Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah. 

Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan.


Serangan Bom, Yala

Artikel Lain