Bateri Isyarat Kotak Hitam MH370 Dijadual Diganti Pada Jun 2014 - MAS - Semasa | mStar

Bateri Isyarat Kotak Hitam MH370 Dijadual Diganti Pada Jun 2014 - MAS

Ahmad Jauhari Yahya
Ahmad Jauhari Yahya.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya pada Sabtu mengesahkan bahwa bateri isyarat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang dijadualkan untuk diganti pada Jun tahun ini. 

"Dalam hal bateri, kami sahkan bahawa terdapat program penyenggaraan dan bateri diganti sebelum tarikh luput dan kami sedar bahawa bateri itu dijadual untuk diganti baru hanya pada Jun 2014," kata beliau pada taklimat mengenai operasi mencari pesawat MH370 di sini. 

Beliau menjawab soalan daripada anggota hadirin sama ada bateri 'pinger' (isyarat) itu sepatutnya diganti baru pada 2012, sebagaimana didakwa oleh pengeluarnya Dukane Seacom Inc.
 
Pada Jumaat, presiden Dukane Seacom Inc Anish Patel memberitahu CNN bahawa perakam berkenaan dijadual untuk diganti bateri pada 2012, tetapi bateri tidak pernah dikembalikan untuk senggaraan.
 
Semua pesawat komersil dikehendaki membawa alat pemantul isyarat dikenali sebagai 'underwater locator beacon' bagi membantu penyiasat mengesan kotak hitam jika pesawat terhempas dalam air. 

Satu daripadanya dipasang di perakam data penerbangan (FDR), dan satu lagi pada perakam suara kokpit (CVR).
 
FDR dan CVR menjadi perakam penerbangan, juga dikenali sebagai kotak hitam. Isyarat itu berbunyi kira-kira sekali setiap saat, dan boleh dikesan dari jarak dua batu nautika oleh alat pengesan dipanggil 'towed pinger locators' (TPLs).

Kepada soalan mengenai bengkel avionic MAS, Ahmad Jauhari berkata bengkel itu menjalankan kerja-kerja membaiki dan servis kelengkapan avionic di dalam semua pesawat, dan mempunyai sijil kelayakan berbuat demikian. 

Mengulas mengenai kapasiti minyak penerbangan MH370 pada 8 Mac, Ahmad Jauhari berkata beliau sedar bahawa pesawat itu membawa minyak untuk penerbangan lapan jam. 

Namun, angka sebenar masih berada pada pasukan penyiasat, kata beliau. "Dari segi berat minyak, bila kita kira itu berbanding dengan isyarat terakhir yang diketahui, iaitu kira-kira 8.11 pagi, ia adalah kira-kira 8 jam penerbangan. 

"Jadi kita tidak ada apa-apa (maklumat) lain selepas itu. Saya tahu mereka ingin mendapatkan lebih banyak (maklumat), tetapi itulah halnya. Pesawat hanya kehabisan minyak," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia