Kenderaan Dirempuh Lori Pasir: Wanita, Bayi Dalam Kandungan Maut - Semasa | mStar

Kenderaan Dirempuh Lori Pasir: Wanita, Bayi Dalam Kandungan Maut

JOHOR BARU: Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut bersama kandungannya apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Masai Baru dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 4 petang itu, mangsa Noor Hayati Che Aziz, 30, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Persona, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Hasil siasatan awal, mendapati kereta (yang dipandu suami mangsa) dari arah susur keluar pasar raya Big Aeon menghala ke Taman Johor Jaya, telah dilanggar dari arah tepi sebelah kiri penumpang oleh lori pasir yang muncul secara tiba-tiba dari arah Lebuhraya Pasir Gudang ke bandar Johor Baru.

"Akibat pelanggaran itu, kereta Persona diseret lebih kurang sejauh 20 meter dari tempat pelanggaran," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini.

Turut berada di dalam kenderaan itu, suami mangsa Mohd Faizal Rosli, 31, dan dua anaknya, Muhamad Farhan Danial, 6, dan Noor Fadzliyana Dania, 5, dan adik mangsa, Nasarudin, 20, yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di HSI.

Bagaimanapun Sulaiman berkata pemandu lori dengan nombor pendaftaran JDA 7798 sedang diburu selepas melarikan diri.

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain