suria

Pemilihan PKR: Enam Serah Borang Tanding Naib Presiden

Surendran (kiri) dan Fuziah (kanan) merupakan penyandang Naib Presiden PKR.
PETALING JAYA: Sehingga pukul 12 tengahari, seramai enam calon menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Enam yang berkenaan ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Dr Mansor Othman; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Mustafa Kamil Ayub dan R. Suresh Kumar.

Surendran dan Fuziah merupakan penyandang bagi jawatan tersebut.

Seorang lagi penyandang jawatan Naib Presiden, Tian Chua tidak akan mempertahankan kedudukannya selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang jawatan Naib Presiden masih belum menyerahkan borang pencalonannya bagi mana-mana jawatan untuk pemilihan parti yang akan diadakan pada Mei ini.

Proses penyerahan borang pencalonan yang dibuka sejak pukul 10 pagi Sabtu akan ditutup pada pukul 5 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain