Pelan Catuan Air Peringkat Pertama Dan Ketiga Diteruskan - Semasa | mStar

Pelan Catuan Air Peringkat Pertama Dan Ketiga Diteruskan

KUALA LUMPUR: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata catuan air itu kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan aliran air sungai kembali ke paras yang rendah di Sungai Selangor.

"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Alfred berkata bagi pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam, ia masih diaktifkan juga.

"Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates.

"Kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya.

Air , Selangor , Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain