Anak Kapten Zaharie Tenang Dengan Puisi Penghormatan Untuk Bapa - Semasa | mStar

Anak Kapten Zaharie Tenang Dengan Puisi Penghormatan Untuk Bapa

Kapten Zaharie Ahmad Shah
PETALING JAYA: Ahmad Idris Zaharie nyata masih belum cukup bersedia apabila menerima berita bahawa penerbangan MH370 yang dikendalikan ayahnya telah berakhir di Lautan selatan India, selepas pencarian selama 17 hari.

Kini, dia bukan sahaja kehilangan bapa tetapi juga perlu berdepan dengan tuduhan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.

Pada 21 Mac, seorang guru, Norzuraidah Md Nor mencatatkan puisi khusus untuk Kapten Zaharie di laman Facebooknya.

Pada hari berikutnya, Ahmad Idris berkata: "Memandangkan tuduhan yang tidak berasas dibuat terhadap bapa saya, sekurang-kurangnya puisi Norzuraidah Md Nor mampu untuk memberi penawar luka dan kesedihan keluarga kami. Terima kasih."

Sehingga semalam, puisi berjudul Terkhusus untukmu...Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima 330 'like'.

Dalam puisi itu, Norzuraidah berkata tuduhan terhadap Kapten Zaharie telah memberikan kesan kepada keluarganya dan dia tidak mahu menyelidik tuduhan tersebut.

Berikut antara bait-bait puisi nukilan Norzuraidah:

Fitnah datang
bertubi-tubi
dari segenap arah
bagai panah tak bermata
menusuk jiwa
apa dayamu
tak mampu menepis
kerna engkau entah di mana"

Kutulikan telinga
tak sanggup mendengar
kubutakan mata
tak sanggup membaca
tuduhan demi tuduhan
yang dilemparkan kepadamu
tidak aku mempercayainya
walau sebesar zarah

Keluargamu terluka
aku juga
pulanglah segera
agar kau bisa bersuara
menyangkal segala cela
yang semakin bermaharajalela

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain