suria

Wartawan Perancis Tanya Jika Hishammuddin 'Dilindungi' Respon Di Twitter

Hishammuddin ketika sidang media di Hotel Sama-Sama, di Sepang, Selasa.
PETALING JAYA: Wartawan Perancis, Carrie Nooten yang bertanya jika Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein 'dilindungi' pada sidang akhbar MH370, Selasa menjadikan Twitter sebagai medan untuk membalas kritikan terhadapnya.

Wartawan The France 24 itu menulis di akaun Twitter @carrienooten : "Saya bertanya soalan naif tetapi mungkin masa untuk mengambil tanggungjawab #MH370 .

Soalan wartawan Perancis kepada Hishammuddin, di mana dia meletakkan pautan artikel 'The Star' yang memberi tumpuan kepada soalannya, mengundang ketawa dari wartawan lain pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Sama - Sama di Sepang.

Carrie juga memberi maklum balas untuk pengguna lain seperti @hanimomo yang memintanya memberikan kesesuaian soalan dengan usaha mencari Boeing 777 yang hilang.

" @hanimomo soalan saya bukan sahaja meminta pengesahan Menteri Pertahanan bahawa dia sepupu PM , tetapi apa yang akan menjadi akibat langsung bagi pentadbiran kerajaan #MH370 ," kata Carrie.

Carrie juga cuba menjelaskan apa yang dimaksudkan ketika dia bertanya Hishammuddin sama ada menteri itu "dilindungi" pada sidang akhbar petang Selasa.

"@carrienooten : @seksiPenguin dilindungi daripada dipecat - maaf bahasa Inggeris saya tidak begitu baik," kata Carrie.

Walau bagaimanapun ia diganti dengan respon negatif daripada rakyat Malaysia seperti @JebatMustDie yang berkata: "Sehingga apa yang berlaku kini, kenapa dia perlu dipecat? Sudut pertanyaan anda adalah salah."

"anda tidak mempunyai hak untuk mencadangkan menteri kita dipecat...kita boleh mentadbir negara kita dengan baik terima kasih kepada anda," tambah @nedmohd .

Pada sidang akhbar itu, Carrie telah bertanya kepada Hishammuddin: "Bolehkah anda mengesahkan bahawa anda adalah sepupu PM Najib? Adakah anda dilindungi?."

Kaget dengan soalan itu, Hishamuddin bertanya dia dari organisasi media mana sebelum menjawab.

"Ya, saya boleh mengesahkan bahawa Najib adalah sepupu saya dan saya tidak tahu apa saya sepatutnya dilindungi daripada apa," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan.

Artikel Lain