suria

Bom tangan Ditemui Dekat Bengkel Motosikal

Kesan letupan bom yang dimusnahkan polis selepas ia ditemui di Klang pada Selasa.

KLANG: Sebutir bom tangan ditemui di hadapan sebuah bengkel motosikal di Jalan Klang Sentral 8/KU5 dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10 pagi sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

"Bom tangan itu ditemui atas rumput oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Pemeriksaan menunjukkan bom ini telah ditarik picunya tetapi (bom) tidak meletup disebabkan ada komponen pada bom tersebut yang berkarat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Bom itu dimusnahkan di lokasi terbabit menggunakan alat kawalan jauh pada pukul 12.30 tengah hari.

"Polis tidak menolak kemungkinan bom itu dibuang dan kami akan menyiasat siapa yang melakukannya," katanya.

Polis, Klang Sentral, Bom

Artikel Lain