Polis Siasat Jika Juruterbang Punya Kaitan Dengan 'Bom Kasut' - Semasa | mStar

Polis Siasat Jika Juruterbang Punya Kaitan Dengan 'Bom Kasut'

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat identiti juruterbang Malaysia jika beliau mempunyai hubungan dengan 'pengebom kasut' dan jika beliau mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Sumber polis berkata mereka sedang mengkaji kemungkinan konspirator bersama plot pengeboman pesawat Amerika Syarikat pada Disember 2001 itu mungkin terlibat dalam kes kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines.

"Kami sedang mengkaji beberapa kemungkinan, termasuk hubungan di antara pengebom dan penerbangan yang hilang," seorang sumber polis memberitahu The Star.

Saajid Badat memberi keterangan pada perbicaraan di New York minggu lalu dalam kes menantu Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith bahawa kumpulan dari Malaysia telah merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan 'bom kasut'.

Dia memberitahu mahkamah bahawa beberapa rakyat Malaysia telah merancang untuk merampas kapal terbang dan telah memperoleh bom yang disembunyikan dalam kasut daripadanya dipercayai untuk mengakses kokpit.

Dia menyifatkan Malaysia sebagai 'satu kumpulan yang terdiri daripada 4-5 individu, termasuk juruterbang'.

Saajid juga memberitahu mahkamah dia percaya rakyat Malaysia 'bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan'.

Katanya dalam pertemuan dengan rakyat Malaysia itu, kemungkinan mengenai pintu kokpit yang dikunci telah dibangkitkan.

"Jadi, saya berkata, 'Bagaimana jika saya memberikan salah satu bom untuk membuka pintu kokpit?" Saajid memberitahu mahkamah.

Katanya, dia mengembara dari Afghanistan ke Pakistan pada Disember 2001 dengan rakan-rakan dari Britain dan 'pengebom kasut' Richard Reid dan beberapa rakyat Malaysia.

Dia mendakwa bahawa dia dan Reid telah diarahkan oleh pemimpin al -Qaeda untuk meletupkan dua pesawat AS dari udara dengan bom tersembunyi di dalam kasut mereka.

Saajid dijatuhi hukuman penjara 13 tahun pada tahun 2005 sebagai konspirator bersama dalam plot untuk mengebom pesawat Amerika Syarikat.
bom kasut , al Qaeda , Saajid Badat , Richard Reid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain