MH370: Malaysia Tolak Dakwaan Enggan Bantu FBI - Semasa | mStar

MH370: Malaysia Tolak Dakwaan Enggan Bantu FBI

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Selasa menolak dakwaan bahawa kerajaan Malaysia enggan berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai dari Amerika Syarikat (AS) yang ingin membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.

Pesawat Boeing 777- 200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada awal pagi 8 Mac lalu.

Hishammuddin bagaimanapun mempertahankan dakwaan tersebut dengan menyatakan penyelarasan terhadap koordianasi setiap negara telah dilakukan termasuk menghubungi rakan sejawatannya dari AS dan China.

"Pagi ini, saya  telah bercakap dengan (Setiausaha Pertahanan AS) Chuck Hagel dan kemudian saya juga menghubungi rakan di China," katanya.

Hishammuddin turut menafikan bahawa beliau telah menyekat kedatangan pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk melakukan siasatan.

"Saya telah bekerja dengan mereka. Terpulang kepada FBI untuk memberitahu kami jika mereka memerlukan lebih banyak pakar untuk membantu kerana saya tidak mengetahui apa yang mereka mahukan lagi," katanya.

Pegawai dari Malaysia pula berkata, mereka telah berhubung dengan FBI melalui kedutaan AS sejak hari pertama.

"Tidak kira apa yang orang cakap, kerjasama yang saya dapat dan usahakan  untuk Malaysia adalah sangat menggalakkan," jelas Hishammuddin.

Menurut satu sumber yang terlibat dengan siasatan itu di Kuala Lumpur, sebuah pasukan FBI berada di Malaysia untuk menyelesaikan masalah. Bagaimanapun dua pegawai berkenaan pada Isnin berkata mereka belum dijemput untuk menyertai usaha mencari MH370.

MH370 , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain