MRT Jajaran Kedua Dapat Persetujuan Kerajaan - MRT Corp - Semasa | mStar

MRT Jajaran Kedua Dapat Persetujuan Kerajaan - MRT Corp

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (tiga, kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang juga merangkap Naib Presiden MCA, Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (kiri) semasa melakukan lawatan ke Tapak Projek Mass Rapid Transit (MRT), Jalan Reko, Kajang, Sabtu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata projek jajaran kedua Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) sudah mendapat persetujuan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata pihaknya sedang menanti pengumuman rasmi untuk memulakan projek pembinaan jajaran kedua tersebut, yang berkemungkinan bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya. 

"Jajaran kedua telah dibincangkan dan akan diumumkan,"katanya kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ke tapak pembinaan stesen MRT Kajang, di sini Sabtu.

"Ini adalah satu petanda baik kerana kita ada kesinambungan dari segi penyediaan kemudahan pengangkutan kepada orang ramai, dan juga dari segi sumbanganya kepada ekonomi," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata laluan bawah tanah MRT jajaran pertama, yang dijadualkan siap pada Julai 2017, kini siap 50 peratus.

"Kerja pembinaan asas keseluruhan projek dijangka siap pada pertengahan 2015, yang akan diikuti pelaksanaan sistem kendalian," katanya.

Beliau yang berpuas hati dengan prestasi positif projek ini, berkata langkah-langkah keselamatan akan terus menjadi keutamaan, khususnya yang melibatkan orang awam dan pekerja.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).