suria

Letupan Kuat Gemparkan Bandar Serian, Sarawak

Letupan kuat yang menggemparkan bandar Serian pada petang Jumaat.

KUCHING: Satu kejadian letupan kuat menggemparkan bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari sini pada petang Jumaat.

Letupan itu menyebabkan banyak kaca di premis perniagaan pecah termasuk sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan letupan. 

Ia turut menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang dan memusnahkan beberapa kenderaan.

Menurut laporan tidak disahkan berkata, letupan itu berlaku dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pemprosesan asetilena pada pukul 3 petang.

Antara bangunan kedai dan kenderaan yang musnah teruk akibat letupan di sebuah kilang.

Seramai lapan pekerja di kilang itu dikatakan cedera dan sedang dirawat di Hospital daerah Serian. 

Difahamkan ada yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan anggota bomba sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka.


letupan, serian

Artikel Lain