MH370: Pegawai Imigresen Patuhi SOP - KP Imigresen - Semasa | mStar

MH370: Pegawai Imigresen Patuhi SOP - KP Imigresen

Datuk Aloyah Mamat (kiri) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang, Selasa. -fotoBERNAMA
SEPANG: Dua penumpang Malaysia Airlines MH370 yang menggunakan pasport curi didapati memasuki Malaysia pada malam 28 Februari, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 

Beliau berkata penumpang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport warga Austria Christian Kozel yang dicuri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.

Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport kepunyaan warga Itali Luigi Maraldi yang juga dicuri, didapati tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways. 

Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.

Mereka berlepas dari Malaysia pada 7 Mac.

Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.

Aloyah berkata pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard.

Mereka mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan, katanya.

imigresen , mh370 , mas , itali , austria , datuk aloyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Galeri Gambar Terbaru MH370

Artikel Berkaitan

Artikel Lain