mStar Kini Berwajah Baru - Semasa | mStar

mStar Kini Berwajah Baru

PARA pembaca yang budiman,

Jika anda melayari mStar sekarang, anda akan perasan yang kami telah pun muncul dengan wajah baru.

Ia lebih kemas, lebih cantik, lebih menarik dan lebih mudah dilayari.

Ia juga muncul dengan paparan foto yang lebih banyak.

Perubahan paling ketara ialah kemunculan satu ruangan baru yang dinamakan 'Paparan Utama' di bahagian paling atas apabila anda melayari mStar Online.

Paparan Utama memaparkan berita-berita penting yang berlaku pada setiap hari dalam bentuk gelongsoran. Berita di ruangan itu menggelongsor secara automatis setiap tujuh saat.

Ia juga muncul dengan paparan foto subjek yang diperkatakan di dalam berita itu dalam bentuk yang lebih besar dan menarik.

mStar dengan wajah baru ini juga mempunyai lebih banyak ruangan baru terutamanya Hiburan.

Ruangan Hiburan yang merupakan seksyen paling popular dan paling banyak dilayari oleh para peminat mStar kini muncul dengan 'Landing Page'nya yang tersendiri.

Dari itu, pembaca akan dihidangkan dengan lima sub-seksyen Hiburan yang dibahagikan kepada 'Berita Hiburan' yang mengandungi laporan berita semasa mengenai artis dan industri hiburan tanah air, kemudian pembaca juga boleh melayari ruangan 'Stail', 'Bintang Global', K-Pop' dan 'Wayang'. Kesemuanya mempunyai cerita dan laporannya yang tersendiri.

Begitu juga dengan ruangan 'Berita'. Ruangan ini muncul dengan empat sub-seksyen khusus iaitu 'Berita Semasa', 'Berita Mahkamah', 'Berita Jenayah' dan 'Berita Dunia'.

Rekabentuknya lebih teratur dan menarik serta mudah untuk pembaca melayarinya mengikut sub-seksyen yang diperkenalkan itu.

Kami juga turut memperkenalkan satu lagi ruangan baru yang dinamakan 'Niaga' khusus untuk melaporkan perkembangan terkini tentang dunia niaga dan keusahawanan.

Sukan juga telah kami perkemaskan dan kini dipersembahan dalam tiga kategori yang paling diminati dan diikuti oleh rakyat Malaysia iaitu 'Bolasepak', 'Raket', 'F1 & Motor' dan satu seksyen yang dirangkumkan semua berita sukan di situ yang kami namakan 'Sukan Ekstra'.

Lain-lain ruangan ialah 'Rencana', 'Kampus', 'Permotoran', 'Fesyen & Gaya', 'Karier', 'Jamu Selera', 'Suara', 'Inspirasi' dan 'Tips Bahasa'.

Kesemuanya kami jangkakan akan memenuhi citarasa semasa para pembaca yang inginkan kepelbagaian.

Pembaharuan kami tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Akan datang, bakal muncul beberapa lagi ruangan serta paparan baru.

Oleh yang demikian, terus setia bersama kami mulai saat ini...

ROZAID A. RAHMAN, Pengarang Eksekutif  mStar Online

mStar

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain