MAS Sedia Bawa Keluarga Penumpang Dari China Ke KL - Semasa | mStar

MAS Sedia Bawa Keluarga Penumpang Dari China Ke KL

Pasukan Bantuan Khas Malaysia Airlines (MAS) yang terdiri daripada sukarelawan kakitangan MAS seramai 60 mendaftar masuk bagasi untuk berlepas ke Beijing bagi memberi bantuan kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang awal pagi Sabtu ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) sedia membawa anggota keluarga penumpang warga China yang mahu ke Kuala Lumpur, menurut syarikat penerbangan itu di sini pada Ahad.

"MAS akan menanggung semua perbelanjaan," kata naib presiden kanan serantau (China) MAS, Joshua Law Kok Hwa, dan menambah mereka perlu mempunyai pasport dan visa yang sah untuk mengunjungi Malaysia.

Pegawai daripada MAS akan menyambut mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kata Law kepada pemberita Malaysia di Lido Hotel di sini.

Beliau berkata beberapa saudara penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang itu memohon supaya dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu.

Penerbangan MH370 MAS, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 kru, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di sini pada 6.30 pagi waktu tempatan.

MAS , MH370 , Malaysia , Beijing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain