MoU Air Selangor Satu Kerugian Buat Rakyat - Rafizi - Semasa | mStar

MoU Air Selangor Satu Kerugian Buat Rakyat - Rafizi

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa perjanjian persefahaman (MoU) semula industri air Selangor merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR pada sidang media Isnin berkata, MoU yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada 26 Februari lalu bersifat berat sebelah dan tidak memberi faedah kepada negeri.

Beliau mendakwa hanya satu perjanjian yang sah dalam MoU itu adalah projek Langat 2 dan yang lain tidak sah bagi menyelesaikan masalah konsesi air atau memaksa mereka untuk menerima tawaran pampasan RM9.65 bilion daripada Kumpulan Darul Ehsan Bhd milik kerajaan negeri.

Beliau mendakwa bahawa Selangor akhirnya perlu membayar sekurang-kurangnya RM2 bilion lagi kepada syarikat konsesi air.

"Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM2 bilion untuk membantu Selangor bagi mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air.

"Terdapat jalan buntu selama enam tahun apabila syarikat konsesi air tidak mahu menerima harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Adakah RM2 bilion akan digunakan untuk membayar kepada syarikat konsesi air yang mereka harus menolak tawaran RM9.65 bilion yang lebih rendah daripada apa yang mereka minta?

"(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) perlu memperjelaskan mengenai MoU ini kepada rakyat," katanya.

Rafizi, yang mendakwa beliau sedang mendapatkan penjelasan sebagai Ahli Parlimen berkata, jumlah kos yang akan mempengaruhi rakyat adalah tinggi iaitu RM20 bilion dengan anggaran bahawa pengambilalihan aset air akan mencecah jumlah sekurang-kurangnya RM11.65 bilion.

"Kos untuk bina Langat 2 dianggarkan secara konservatif pada RM8 bilion.

"Jika kita melihat pengambilalihan ini dan kos Langat 2 yang menggunakan wang rakyat menerusi PAAB (Pengurusan Aset Air Bhd di bawah Kerajaan Persekutuan), kita melihat kos RM20 bilion," kata Rafizi.

Rafizi turut mempersoalkan sama ada MoU itu adalah sah apabila ia ditandatangani tanpa dibentangkan dan diluluskan oleh Exco Kerajaan negeri Selangor.

rafizi ramli , langat 2

Artikel Sebelum

Parlimen Ketereh Kekal Milik BN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?