Akta Kanak-Kanak Dipinda Tambah Hukuman Terhadap Ibu Bapa Cuai - Semasa | mStar

Akta Kanak-Kanak Dipinda Tambah Hukuman Terhadap Ibu Bapa Cuai

Rohani
Rohani (kanan) bersalaman dengan Khalid selepas sidang media ketika melakukan lawatan kerja di Bukit Aman di Kuala Lumpur, Isnin. Foto AZLINA ABDULLAH / THE STAR

KUALA LUMPUR: Akta Kanak-kanak 2001 akan dipinda bagi menambahkan peruntukan hukuman khidmat masyarakat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, kertas cadangan pindaan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Apabila banyak kes (kecuaian) begini, kita rasa patut diwujudkan hukuman lain selain (hukuman) penjara terhadap mereka.

"Mungkin mereka perlu menjalani hukuman (khidmat masyarakat) selama beberapa jam, sesi kaunseling serta kursus keibubapaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Mengenai lawatannya ke Bukit Aman, Rohani berkata, kementerian akan mempertingkat kerjasama dengan polis dari semasa ke semasa dalam memantapkan penguatkuasaan undang-undang terutamanya membabitkan kanak-kanak yang dipaksa mengemis.

"Kita telah bincangkan mengenai gejala kanak-kanak yang mengemis di kedai-kedai makan dan akan bincangkan bentuk kerjasama bagi membanteras kegiatan ini," katanya.

Menurutnya sejak 2010 hingga tahun lepas, seramai 240 kanak-kanak dapat diselamatkan oleh kementerian daripada menjadi pengemis dan 19 orang ibu dan bapa dikenakan bon kerana cuai menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kementerian juga akan memperketat akta sedia ada termasuk Akta Kanak-kanak 2001, Akta Penyeludupan Orang dan Imigran 2007, Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Tepi Jalan 1947 dan Akta Orang-orang Papa 1977.

Sementara itu, Khalid berkata, PDRM mempunyai 11,571 orang anggota polis wanita atau kira-kira 10.4 peratus daripada 120,000 anggota polis di seluruh negara.

"Sasaran kita ialah untuk mencapai 30 peratus polis wanita di negara ini memandangkan kecenderungan nilai kekeluargaan yang ada pada mereka. Kitamerancang untuk mengambil anggota polis wanita setiap tahun sehingga dapat mencapai 30 peratus itu," katanya.

Artikel Berikut

Parlimen Ketereh Kekal Milik BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?