Amanah Dan Dedikasi Senjata Khalid Lawan Azmin - Semasa | mStar

Amanah Dan Dedikasi Senjata Khalid Lawan Azmin

Abdul Khalid

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan menentang musuhnya, Azmin Ali bagi merebut jawatan nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei, menganggap amanah dan dedikasi dirinya sebagai kekuatan peribadi.

"Saya mempunyai rekod prestasi dalam semua bidang. Saya jujur ​​dan sangat berdedikasi. Paling penting, saya bekerja untuk agenda reformasi dan saya tidak mempunyai agenda peribadi, "kata Khalid sinis kepada Azmin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden bagi penggal kedua.

Khalid yang ditemui selepas merasmikan Karnival Silat Melayu Selangor, Senjata dan Warisan di sini pada Ahad berkata demikian selepas ditanya mengenai kekuatan beliau untuk menentang Azmin yang merupakan sekutu rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid yang mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan parti pada Jumaat memberitahu, beliau tidak akan membincangkan perkara itu sehingga 23 Mac iaitu tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Anwar yang merupakan penasihat parti itu akan bertanding dalam PRK Kajang bagi membuka laluannya ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Saya hanya membuat pengumuman awal tetapi tidak mahu mengganggu tugas utama parti yang sedang berkempen untuk PRK Kajang," jelasnya.

Ditanya adakah Anwar telah memberikan restu untuk mengambil alih kedudukan Azmin, Khalid berkata penasihat PKR itu memahami usaha yang dilakukan demi mengukuhkan parti.

"Sebagai rakan sekerja parti, dia menggalakkan saya untuk bekerja lebih keras bukan sahaja sebagai pentadbir tetapi juga untuk parti," kata Khalid.

Katanya, keputusan untuk bertanding dibuat atas desakan ramai ahli parti itu sendiri.

"Mereka memerlukan menteri besar yang bukan sahaja boleh mentadbir negeri tetapi juga bertindak dalam parti," luahnya.

Mengenai kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang baru-baru ini bahawa PRK Kajang berlaku kerana pertengkaran dalaman PKR, Khalid menjelaskan, pergaduhan bukan sesuatu yang pelik dalam semua parti politik.

"Jika kamu mahu memberi saya satu contoh politik yang stabil, saya fikir kita masih bernaib baik," kata Khalid sambil menambah bahawa politik Malaysia adalah lebih baik daripada keadaan politik luar yang huru-hara termasuk Thailand, eropah timur , Venezuela dan Mesir.

Mengenai isu air, Khalid mengakui bahawa memorandum persefahaman (MoU) mengenai penyusunan semula industri air negeri tidak boleh ditarik balik seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

"Ia satu perjanjian yang mengikat kedua-dua belah pihak," katanya sambil memberitahu kerajaan negeri telah meminta perkataan 'tidak boleh ditarik balik' untuk dimasukkan ke dalam MoU itu.

Beliau berkata, selain Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga menganggap MoU itu sebagai komitmen yang perlu dipatuhi.

Muhyiddin pada Jumaat berkata MoU itu tidak boleh dibatalkan walaupun terdapat perubahan dalam kepimpinan Selangor.

Menurut Khalid, sebagai wakil rakyat Selangor, misi kerajaan negeri adalah memastikan bahawa ia diterima demi kebaikan rakyat.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain