Utamakan Kepentingan Nasional Dalam KLIA2 - Hishammuddin - Semasa | mStar

Utamakan Kepentingan Nasional Dalam KLIA2 - Hishammuddin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) sempat bergurau senda bersama penduduk Kampung Sri Jambu, Maimunah Sulaiman, 68 (depan, tengah) dan Dariah Hashim, 69, (kanan) sempena program Gotong Royong Cegah Denggi di Kampung Sri Jambu, pada Ahad. Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz (tengah, belakang). -fotoBERNAMA
KAJANG: Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.

"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.

"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang telah ditangguhkan dahulu, dan telah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan sempena gotong-royong dan sumbangan bantuan kepada penduduk di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun twitternya berkaitan pembinaan KLIA2.

Hishammuddin dalam pada itu berkata satu persidangan meja bulat bagi membincangkan dasar penerbangan nasional, kepentingan nasional dan hala tuju industri itu diadakan baru-baru ini, dihadiri syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan negara.

"Persidangan mengenai keselamatan dan ruang udara ini merupakan sesi perbincangan dan bukannya untuk menuding jari atau melihat siapa salah. Ini adalah platform untuk membincangkan perkara berkaitan dalam memastikan sekurang-kurangnya ada penanda aras untuk melihat agenda nasional itu sebagai perkara paling utama.

"Selagi saya berada di kementerian ini, ini cara saya untuk pastikan tiada siapa boleh meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan nasional atau orang ramai," katanya.

KLIA2 , Hishammuddin , Tony Fernandes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Jangan Banding LCCT dengan KLIA2

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain