suria

Waythamoorthy Temui PM Sebanyak 16 Kali Sebelum Letak Jawatan

Waythamoorthy
Waythamoorthy

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.jelasnya.

Waytha selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.

"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.

Pada 10 Februari lalu, Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa.

Artikel Lain