suria

Pesakit Buah Pinggang Ditemui Mati Dalam Kereta

KUANTAN: Seorang pesakit buah pinggang ditemui mati dalam kereta miliknya di hadapan pusat Hemodialysis Pahang Buddist Association Indera Mahkota 8 di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, mayat Phua Cheng Ching, 36, dari Taman Kampung Padang 1, Jalan Sungai Lembing dekat sini itu ditemui orang awam pada 7.15 pagi Isnin.

"Polis juga menemui paip getah yang disambungkan dari eksos ke dalam kereta melalui cermin tingkap bahagian penumpang belakang.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa mati akibat lemas disebabkan asap kereta," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Mohd Jasmani berkata, lelaki itu berkerja sebagai juruwang sebuah pusat hiburan di sini dan masih bujang dan difahamkan menghidap penyakit buah pinggang.

Beliau berkata, siasatan mendapati kematian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain