suria

MB: K'jaan S'gor Mampu Beri Air Percuma Kepada WP & Putrajaya

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter kubik kepada setiap isi rumah di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan syarat kerajaan persekutuan membenarkan mereka melaksanakan eksesais pengstrukturan semula perkhidmatan air.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, eksesais pengstrukturan semula sistem perkhidmatan air sepertimana yang dicadangkan oleh Selangor itu melibatkan pengambilalihan keempat-empat pembekal air bersih di negeri itu.

Pengambilalihan itu akan membolehkan Selangor membiayai atau menanggung RM2 bilion yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter kubik untuk Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Khalid berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri Persidangan Kemuncak Mengenai Air dan Tenaga di sini, Selasa.

Artikel Lain