Mahkamah Tetapkan 7 & 8 Mei Bicara Kes Polis Lepas 'Kasanova' - Semasa | mStar

Mahkamah Tetapkan 7 & 8 Mei Bicara Kes Polis Lepas 'Kasanova'

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret menetapkan 7 dan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali 'Kasanova' pada Oktober lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes pada Isnin.

Pada 21 Okt lepas, ASP L. Chandkumary, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.

Bagi pertuduhan pertama wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Okt lepas.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala tertuduh yang telah lebih 20 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C. Navarednam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain