Fosil 'Dinosaur Makan Ikan' Ditemui Di Pahang - Semasa | mStar

Fosil 'Dinosaur Makan Ikan' Ditemui Di Pahang

PETALING JAYA: Tinggalan fosil dinosour karnivor 'makan ikan' telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk mendedahkan buktinya pada Selasa.

Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lalu.

Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia.

Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo.

'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi.

Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun 2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di hemisfera utara.

Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia.

Dr Masatoshi akan menghadiri sidang akhbar pada Selasa , bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor Datuk Dr Mohd Sofian Azirun.

Artikel Sebelum

Enam Cedera, Bas Ekspres Terbalik Di Sabah

Artikel Berikut

Herman Tino Nyatakan Minat Tanding PRK Kajang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.