suria

Elak Buat Kenyataan Sentuh Sensitiviti Kaum - KPN

Khalid Abu Bakar (dua, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ASP Ta Kah Loon (kiri) pada majlis Malam Penghargaan Masyarakat Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, Ahad. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Beliau menegaskan semua pengguna laman sosial seperti Facebook dan penulis blog perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama yang mungkin menyentuh sensitiviti kaum.

"Kita akan ambil tindakan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) jika perlu. Kita ada kebebasan bersuara tetapi ada batasannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Masyarakat kepada Polis Diraja Malaysia di sini.

Khalid menarik perhatian bahawa beliau baru saja menerima satu laporan berhubung tindakan pihak tertentu mempersoal isi kandungan khutbah Jumaat dan nasihat bagi orang Islam berhubung sambutan Hari Valentine.

Menurutnya, peringatan itu dibuat bagi mengelak kewujudan suasana kurang senang dalam negara. - BERNAMA

Artikel Lain