suria

SPR Disaran Hanya Benarkan Anak Jati Kawasan Tanding Kerusi DUN

Ibrahim
Ibrahim

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meminda syarat calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mewajibkan hanya anak jati sesuatu kawasan itu layak untuk bertanding.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata ia bagi membendung 'penyakit' segelintir ahli politik yang bertindak mencalonkan diri untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mereka sukai untuk kepentingan diri.

"Sebagai contoh di DUN Kajang (di Selangor), banyak anak jati kawasan itu cerdik pandai, kenapa kita nak izinkan perkara ini berlaku (orang luar bertanding), pilihan raya bukan proses mudah, ia libatkan kepentingan semua orang," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa peringkat negeri di sini pada Ahad. Beliau melihat pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan berlangsung 23 Mac ini disebabkan wakil rakyatnya dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan adalah menyusahkan pengundi di kawasan berkenaan dan tidak menyuburkan amalan demokrasi.

Pakatan pembangkang telah menamakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain