suria

Peletakan Jawatan Waythamoorthy Mendukacitakan - PM

P. Waythamoorthy.
P. Waythamoorthy.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peletakan jawatan Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P. Waythamoorthy adalah mendukacitakan.

"Pendekatannya mungkin berbeza, tetapi beliau sepatutnya berjumpa dan berunding mengenainya sebelum mengumumkan peletakan jawatan.

"Keputusannya amat mengecewakan kerana ia dibuat selepas beliau memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Barisan Nasional untuk memperjuangkan agenda masyarakat India," kata Najib dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Najib berkata, beliau menerima peletakan jawatan Waythamoorthy anda mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usahanya pada masa hadapan.

"Bagi menjayakan persefahaman ini, P Waythamoorthy seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalinkan kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan," katanya.

Sementara itu, Najib menegaskan selaras dengan pendekatan kerajaan di bawah pimpinannya yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kerajaan akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India seperti kaum-kaum yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain