suria

Malaysia Tidak Terjejas Kerana Debu Gunung Berapi Kelud

Seorang anggota polis mengedarkan topeng kepada penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Berapi Kelud di Yogyakarta, Indonesia pada Jumaat. Sebahagian jalan raya dilitupi debu tebal yang berterbangan dan menjejaskan tiga lapangan terbang di republik itu.

PETALING JAYA: Debu dan habuk luahan letusan Gunung Berapi Kelud, Indonesia tidak akan menjejaskan Malaysia kerana ia ditolak keluar oleh angin timur laut.

"Memandangkan angin bertiup dari arah timur laut, tiada kemungkinan debu dan habuk berterbangan ke negara ini," kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah kepada The Star pada Jumaat.

Gunung Berapi Kelud yang mengeluarkan laharnya pada malam Khamis, memaksa tiga lapangan terbang di Surabaya, Yogyakarta dan Solo ditutup kerana dikhuatiri debu-debu berterbangan itu boleh meyebabkan kerosakan kepada enjin pesawat.

Dilaporkan debu yang terhasil akibat letusan itu boleh dilihat dari jarak sejauh sembilan kilometer ke arah barat.

Gunung Berapi Kelud terletak 140km dari selatan Surabaya.

Kira-kira 200,000 penduduk tinggal dalam jarak 10km dari Gunung Berapi Kelud, salah satu daripada 130 gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain