suria

Kastam Kedah Rampas Syabu Bernilai RM600,000

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif (dua, kiri) bersama anggotanya menunjukkan dua bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat berwarna coklat yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.319 kilogram dengan nilai RM630,610 pada sidang media di Pejabat Kastam negeri pada Sabtu. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Kastam Kedah mematahkan cubaan menyeludup lebih tiga kilogram dadah jenis syabu bernilai RM630,610 di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, Rabu lepas.

Pengarah Kastam negeri Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata dalam kejadian 4.40 petang itu pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Vietnam berumur 31 tahun yang dalam perjalanan dari Bangkok, Thailand ke Kuala Lumpur.

Katanya ketika anggotanya melakukan imbasan ke atas beg galas suspek di Unit Pemeriksaan Penumpang dan Pejalan Kaki, terdapat imej yang mencurigakan kerana kandungan beg yang berisi pakaian itu lebih berat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas beg itu mendapati dua bungkusan dilekatkan dengan pita pelekat berwarna coklat mengandungi hablur kristal dipercayai syabu.

"Modus operandi suspek adalah dengan mengubah suai beg itu dengan melekatkan bungkusan dadah pada dinding beg itu di bahagian depan dan belakang sebelum meletakkan pelbagai jenis pakaian," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Abd Aziz berkata suspek yang juga pekerja di sebuah kilang di Vietnam dipercayai mengambil dadah itu dari satu sindiket di Bangkok, Thailand untuk di pasarkan di sekitar Lembah Klang.

Katanya suspek yang dipercayai baru pertama kali menjadi keldai dadah menaiki bas dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan memaklumkan yang dia masuk ke negara ini untuk bercuti.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata Kastam negeri merampas syabu seberat 74.97 kg dengan nilai RM14.287 juta selain dadah jenis ketamin seberat 10.322 kg dengan nilai RM361,270 sepanjang tahun lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain