suria

RM1 Bilion Ganti Bangunan Sekolah Daif - TPM

Muhyiddin beramah mesra dengan pelajar sekolah pada majlis bersama rakyat di SMK Lundu di sini Jumaat sambil disaksikan oleh bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (kiri).
Muhyiddin beramah mesra dengan pelajar sekolah pada majlis bersama rakyat di SMK Lundu di sini Jumaat sambil disaksikan oleh bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (kiri).

LUNDU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 bilion sebagai peruntukan tambahan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebahagian besar daripada kira-kira 600 buah bangunan sekolah yang dikategorikan sebagai cukup daif di negara ini terletak di Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah mengenal pasti (bangunan sekolah yang perlu dibina semula), cumanya kita memerlukan masa dan peruntukan yang lebih sedikit kerana untuk setiap sekolah kita perlu berbelanja di antara RM15 juta ke RM20 juta minimum dan jumlah ini agak besar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan Masjid Darul Taqwa di sini, Jumaat.

Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri bersama-sama Menteri Tugas-Tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kebanyakan bangunan sekolah ini hampir tumbang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan sungai dan membahayakan keselamatan pelajar-pelajarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain