suria

Kerajaan Mohon Batal Tuntutan Kewarganegaraan Navin Moorthy

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memohon untuk membatalkan saman yang difailkan oleh seorang pelajar yang disenaraikan sebagai 'bukan warganegara' dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara walaupun dia mempunyai sijil kelahiran dan pasport.

Navin Moorty, berdarah kacukan Malaysia-Filipina, memohon untuk didaftarkan sebagai seorang warganegara Malaysia.

Peguam pelajar berusia 16 tahun ini, Robin Lim pada Jumaat berkata beliau telah dibekalkan dengan permohonan oleh kerajaan untuk membatalkan tuntutan tersebut.

"Kami memerlukan masa untuk mengkaji kertas tersebut," katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng menetapkan 4 April untuk mendengar permohonan itu selepas bertemu Robin dan Peguam Persekutuan Haryati Ahmad dalam kamar.

Navin telah menamakan Ketua Pengarah JPN, Setiausaha Agung Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai defendan dalam pertikaian sivil.

Bapanya, seorang ahli ahli perniagaan, R. Moorthy, 40, berkata, kerana status anaknya, dia terpaksa membayar levi untuk anak lelakinya yang akan mendaftar di sekolah kebangsaan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 17 Disember tahun lepas, Navin, yang telah menerima pelbagai anugerah penghargaan dan kepimpinan dari sekolahnya, berkata dia dilahirkan di Klinik Sarmukh di Jalan Genting Klang pada 8 Julai 1998 dan dikeluarkan sijil kelahiran Malaysia.

Katanya, dia hanya mahu mendapatkan MyKad.

Katanya, dia sering diusik di sekolah mengenai statusnya dan rakan-rakannya menganggap dia sebagai "orang luar".

Navin mendakwa statusnya itu juga sering menjadi tanda tanya daripada pentadbiran sekolah itu.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa bapa kandungnya adalah R. Moorthy, seorang rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, ibunya Marissa Novero, Filipina, tidak dapat dikesan.

Moorthy berkata dia telah dua kali membuat permohonan di JPN Putrajaya untuk anaknya diberikan kerakyatan Malaysia pada 21 Julai 2010 dan 17 November 2011 tetapi telah ditolak.

Artikel Berikut

Artikel Lain