suria

Keputusan Kes Saman Fitnah Wan Ahmad Terhadap Mat Sabu Ditangguh 27 Februari

Wan Ahmad (kiri) berbincang sesuatu bersama Mohd Hafarizam (kanan) selepas penundaan keputusan kes saman beliau terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Sivil di Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Khamis. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menangguhkan kepada 27 Februari ini keputusan kes saman fitnah yang difailkan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah.

Peguam Wan Ahmad, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu para pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menangguhkan keputusan kes itu yang sepatutnya disampaikan pada Khamis di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam kesemua defendan, Azhana Mohd Khairuddin.

Beliau berkata, mahkamah masih belum membuat keputusan sepenuhnya kerana perlu meneliti beberapa penjelasan antaranya berkenaan isu penerbitan dalam akhbar Harakah dan dokumentasi melibatkan defendan ketiga dan keempat.

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari tahun lepas.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain