suria

Tak Perlu Hukuman Lebih Berat Jika Wakil Rakyat Letak Jawatan - Dr Mahathir

JOHOR BARU: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hukuman lebih berat tidak diperlu dikenakan terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.

"Biarkan mereka letak jawatan sekiranya mereka mahu berbuat demikian, dan biarkan rakyat putuskan sama ada perletakan jawatan secara tiba-tiba itu adalah munasabah atau tidak," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Dr Mahathir mengulas mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Pindaan itu bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab 'merebak' kepada wakil rakyatlain, selain dilihat tidak bermoral.

Dr Mahathir berkata, SPR sepatutnya membiarkan rakyat sendiri yang memutuskan sekiranya tindakan wakil rakyat meletakkan jawatan itu tidak bermoral atau tidak, menerusi undi mereka.

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain