suria

PSM Tidak Sertai PRK Kajang

Dr Mohd Nasir Hashim
Dr Mohd Nasir Hashim

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac depan.

Presidennya, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, PSM tidak akan menyertai PRK yang diadakan bagi mengisi kekosongan ekoran perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan tanpa sebab.

"Tindakan itu sangat tidak beretikan dan tidak tidak berprinsip," katanya sambil menambah bahawa keputusan mengenainya dibuat menerusi mesyuarat pada 6 Februari lalu.

Katanya lagi PSM tidak mahu menyebabkan perpecahan undi atau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang di DUN Kajang.

Artikel Sebelum

Warga Emas Digilis Kereta Api

Artikel Lain