suria

Polis Berjaya Rampas Dadah RM10.44 Juta Pada Januari Tahun Ini Sahaja

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.44 juta sepanjang Januari tahun ini sahaja selain menahan 17,760 orang atas pelbagai kesalahan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pelbagai harta milik pengedar dadah bernilai RM4.97 juta turut disita dalam tempoh itu.

"Pada Januari tahun ini, kami telah merampas 831kg pelbagai jenis dadah; 30,414 biji pil; 1,967 cecair pelbagai jenis dadah dan 39 pokok ganja yang kesemuanya bernilai RM10.44 juta," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Beliau berkata kejayaan itu ialah hasil penguatkuasaan pasukan gerakan Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING).

Kedua-dua pasukan ini bekerjasama erat dan bertukar-tukar maklumat untuk menjalankan pemantauan dan serbuan ke atas sasaran dadah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Digilis Kereta Api

Artikel Lain