suria

Empat Kereta Mewah Terbakar Di Pusat Servis

KUALA TERENGGANU: Empat buah kereta mewah musnah apabila sebuah pusat servis di Jalan Bukit Kecil di sini terbakar malam Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira 7.20 malam yang melibatkan tiga buah kereta Mercedes Benz serta sebuah BMW.

Seorang penduduk Maziadi Abdul Manaf, 41, berkata beliau terdengar letupan kuat dari pusat servis itu yang terletak berhampiran rumahnya.

Beliau lalu keluar dari rumahnya dan melihat api di dalam pusat itu dan segera meminta suaminya supaya menghubungi pihak bomba dan penyelamat.

"Suami saya dan seorang lagi kawannya cuba mengumpil pusat servis itu tetapi terdengar beberapa letupan di dalamnya dan tidak jadi meneruskan niat mereka untuk membantu," katanya.

Pegawai Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Negeri, Abdulah Zawawi Mohamed berkata turut musnah ialah alat ganti kenderaaan dan bahan cat.

Pihak bomba menghantar 23 anggota bersama empat jentera yang turut dibantu 14 anggota sukarela dan dua jentera.

Punca kebakaran masih disiasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain