suria

Pelancong Wanita Warga Jerman Maut Terjatuh Dari Puncak Kinabalu Dikenal Pasti

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi ini, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

Jurucakap Taman-taman Sabah berkata, usaha membawa turun mayat masih dijalankan oleh pasukan penyelamat dan dijangka tiba di Timpohon Gate iaitu laluan untuk memulakan pendakian, lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu.

Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. - BERNAMA

Artikel Lain