suria

Kualiti Air Pantai Batu Ferringhi Tepati Piawaian

GEORGE TOWN: Hasil analisis kimia yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata sehubungan itu kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disarankan sesetengah pihak.

"Tidak perlu tutup pantai, kita juga tidak ada memasang apa-apa papan tanda memberitahu bahawa pantai ditutup," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dengan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi. BERNAMA

Artikel Lain