Beribu Ekor Ikan Mati Di Sungai Bera, Sungai Serting Dipercayai Dituba - Semasa | mStar

Beribu Ekor Ikan Mati Di Sungai Bera, Sungai Serting Dipercayai Dituba

BERA: Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang dipercayai menggunakan kaedah menuba bagi menangkap ikan, menyebabkan ribuan ikan di Sungai Bera dan Serting mati selain turut menjejaskan pendapatan penduduk Orang Asli dan peneroka di gugusan Felda Triang.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Nazri Che Omar, 51, kejadian dikesan sejak seminggu lepas dan dipercayai dilakukan oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan dengan jalan mudah.

"Sekarang musim kemarau dan air sungai cetek menyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan racun atau bahan letupan bagi menangkap ikan dengan banyak," kata peneroka di Felda Triang Satu itu kepada Bernama, di sini.

Menurutnya ribuan bangkai ikan seperti patin liar, baung, lampam dan kerai memenuhi permukaan sungai akibat perbuatan itu.

"Kami sudah tidak berani untuk menangkap ikan yang masih ada kerana bimbang terkena racun dan mendatangkan bahaya jika dimakan, malah tidak mustahil boleh menyebabkan maut.

"Kami kini beralih mencari ikan di paya terbiar berhampiran kawasan sekitar untuk makanan keluarga," katanya.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan Mohd Fadzil Othman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

"Saya juga minta JKKK (jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kegiatan haram menuba ikan di kawasan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan tegas," katanya.

Mohd Fadzil juga menasihati Orang Asli yang tinggal di pinggir sungai terbabit agar tidak menggunakan air sungai itu sebagai sumber bekalan kerana dikhuatiri dicemari racun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BRIM 3.0 Dilancar Pada 22 Feb - Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain