suria

Penyokong PKR Dakwa Dibayar Hantar Surat Peletakan Jawatan Kesavan

S. Kesavan
S. Kesavan

IPOH: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang menyerahkan 'surat peletakan jawatan' Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Hutan Melintang, S. Kesavan ke pejabat speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Perak mendakwa telah dibayar untuk berbuat demikian.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada Jumaat berkata, lelaki itu memberitahu polis semasa soal siasat bahawa dia telah menerima bayaran daripada seseorang yang tidak dikenali untuk menyampaikan surat itu.

"Lelaki itu mengaku penyokong kuat PKR dan telah bertemu dengan lelaki tidak dikenali itu ketika program parti di Kajang.

"Dia juga mendakwa tidak mengetahui mengenai kandungan surat itu," kata Acryl Sani kepada pemberita di sini, sambil menambah polis sedang menyiasat mengenai lelaki yang tidak dikenali itu.

Pada Selasa, surat bertarikh 2 Januari, tersebar di mana Kesavan didakwa mengisytiharkan diri meletakkan jawatan sebagai Adun dan keluar dari PKR akibat hilang keyakinan dan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan parti telah dihantar ke pejabat Speaker.

Kesavan kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala pemimpin-pemimpin parti juga menafikan beliau telah meletak jawatan.

Artikel Lain