Kebakaran di HKL Akibat Litar Pintas - Semasa | mStar

Kebakaran di HKL Akibat Litar Pintas

KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas berlaku di bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Pengarah Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu kebakaran berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api.

"Pihak kami menerima panggilan pada 12.43 tengah hari dan enam jentera bersama 36 anggota tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian," katanya ketika dihubungi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran akan disiasat, katanya.

Artikel Sebelum

Juruwang Cemas Diacu Pistol Sebelum Disamun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain