suria

Minuman Keras Bernilai RM75,400 Dirampas, Cuba Elak Cukai

KOTA KINABALU: Polis Marin Labuan menggagalkan cubaan membawa masuk 1,083 botol minuman keras bernilai RM75,400 tanpa bayaran cukai di Menumbok, kira-kira 155km dari sini, Rabu.

Kenyataan Polis Marin Labuan pada Khamis menyebut dalam Operasi Landai dan Operasi Cantas Khas Perairan itu, seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun ditahan ketika memandu sebuah lori yang membawa barangan berduti disyaki tanpa membayar cukai kastam kira-kira pukul 10.40 malam.

Hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut menemui 50 karton minuman keras berjenama Heineken yang mengandungi 600 botol bersaiz 640ml, 20 karton minuman keras berjenama sama mengandungi 480 botol bersaiz 330ml dan tiga botol minuman keras berjenama Absolute Vodka.

Lori dan barangan tersebut dirampas dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan belum lulus kastam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain