suria

Kerajaan Tidak Akan Kompromi Soal Keselamatan Projek KLIA2

Hishammuddin.
Hishammuddin.

SEPANG: Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi berhubung isu keselamatan dan kelayakan melibatkan projek KLIA2, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, projek itu kini mengikut jadual bagi memenuhi tarikh pembukaannya pada 2 Mei ini dan menafikan dakwaan bahawa 65% bangunan terminal utama itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

"Kita di sini cuba untuk mencari dan memperbaiki sebarang kelemahan dan menyelesaikan segala halangan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan," katanya selepas melakukan pemeriksaan dengan para pegawai kementerian di KLIA2 pada Khamis.

Projek KLIA2 beberapa kali menangguhkan pembukaannya sejak September 2011 dan yang terakhir sepatutnya dijadualkan dibuka pada 30 April tetapi ditunda kepada 2 Mei tahun ini.

Pada Selasa, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pembukaan KLIA2 ditangguh lagi apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dilaporkan gagal untuk mendapatkan Sijil Pematuhan dan Penyiapan (CCC) dari kontraktor utama, UEMC-Binapuri bagi bangunan terminal utama KLIA2.

Artikel Sebelum

Artikel Lain