suria

PRK Kajang: Anwar Tidak Beri Penjelasan Baru

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim tidak memberikan sebarang penjelasan baru berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebaliknya hanya mengulangi alasan bahawa ia sebagai langkah mengukuhkan politik di Selangor.

Menurut Anwar pengosongan kerusi DUN Kajang oleh bekas Adun, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan membabitkan isu akademik hingga boleh menakutkan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penerangan di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di sini, Isnin malam.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain parti itu.

Sebelum ini Anwar juga pernah dilaporkan berkata bahawa pengosongan kerusi itu adalah pemangkin bagi menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Pilihan raya kecil DUN Kajang bakal diadakan berikutan tindakan Lee mengosongkan kerusi itu 27 Januari lepas.

Rentetan daripada peletakan jawatan itu, Abdul Khalid mengumumkan Anwar yang juga Penasihat PKR dinamakan sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan.

Ia kemudiannya membawa kepada spekulasi bahawa Anwar akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid jika dia menang pilihan raya kecil itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain