suria

Polis Tahan Lelaki Didakwa Rompak Dan Bunuh Pemandu Teksi

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang bekas penagih dadah, kurang 24 jam selepas lelaki itu didakwa merompak dan membunuh seorang pemandu teksi di Kahang, Kluang pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan di Kampung Sri Cahaya pada kira-kira pukul 4.05 petang Isnin.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu membawa polis ke lokasi dipercayai kejadian berlaku.

Mokhtar berkata, terdahulu polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui teksi yang ditinggalkan tanpa pemandu di Kahang.

"Siasatan awal menunjukkan terdapat kesan tikaman di perut dan kelar di pergelangan tangan mangsa," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Mokhtar berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain