suria

Bunuh Penyelia Ladang: Seorang Lelaki Ditahan

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang penyelia ladang kelapa sawit di Beluran dekat sini pada 29 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Supritendan Sivananthan Velautham berkata, suspek ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan membunuh penyelia ladang dan melarikan wang gaji sebanyak RM31,000.

Dalam kejadian itu, Foreman Edoh Sultan, 37, ditembak dari belakang oleh dua lelaki bertopeng ketika mangsa sedang memandu traktor untuk ke ladang bagi membayar gaji pekerja.

Ketika kejadian, anak lelaki Edoh yang berusia tujuh tahun yang berada di sisinya cedera ditangan kerana terkena serpihan tembakan.

Selepas berjaya mendapatkan wang berkenaan, suspek membiarkan kanak-kanak itu di lokasi kejadian.

Anak mangsa kemudian terpaksa berlari sejauh lima kilometer ke sebuah stesen minyak bagi mendapatkan bantuan sebelum dia dihantar ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Lain